pjk besout 2 best


salam,apa khabar
dulu ak ada kawan depa suka cakap pjk,pjk.pjk.Pada suatu hari ada cikgu ni nama cikgu tu cikgu Shikin
depa cakap pjk,pjk kat depan dia sekali hampa tau ap dia kata makna pjk tu MAKNA DIA CIKGU TU CAKAP........  PERUT JAUH KEHADAPAN!!!.Cikgu tu cakap macam tu sebab kawan aku yang cakap pjk tu perut dia boroy.Rupa-rupanya makna pjk tu ialah PUSAT JALUR LEBAR...........!!!!!!.

Lepas pristiwa tu baru cikgu tu tau makna pjk ialah PUSAT JALUR LEBAR bukan PERUT JAUH KEHADAPAN.
sumber:daripada otak sotong
Dah Abis Bace Ke ??

makna 1 malaysia


salam,apa khabar
aku kan bangga tau jadi rakyat malaysia sebab duduk kat malaysia ni aman tenteram tau .
Korang tau tak dulu ak ingat satu malaysia tu takde makna .Aku sedar 1 malaysia tu ada makna pada 13 haribulan september haritu ada satu karnival 1 Malaysia .Masa mula-mula niat aku pergi karnval tu nak beli naget je sakali .........
Aku kena paksa  masuk kat dalam dewan kena dengar ceramah. aku dipaksa bagaikan ayam berak sembelit aku menangis teresak-esak kerana aku tidak suka mendengar ceramah 1 malaysia.sekai dengar ceramah ni seronok kat situ la aku tau apa maksud 1 malaysia makna satu malaysia tu ialah bersatu tanpa berperang.
Dah Abis Bace Ke ??

Landskap 1 malaysia

Keindahan landskap sesuatu kawasan bukan sahaja terletak pada flora dan fauna disekelilingnya. Monumen yang dibina juga turut memainkan peranan. Felda Gunung Besout 2 telah tercalon dalam Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda (AKKF) selama 3 tahun berturut-turut dan pada tahun lalu, Felda Gunung Besout 2 telah berjaya melayakkan diri dalam senarai 5 teratas kampung terbaik. Walaupun nasib belum menyebelahi Felda ini, namun penduduknya tidak pernah putus asa dalam memperindah lagi landskap dan taman yang ada. Pada minggu lalu, satu lagi miniature yang cantik telah dibina di taman-taman setiap unit kampung di Felda ini. Mengambil tema 1 Malaysia, miniature tersebut dibina dengan penuh rasa bangga dan cinta kepada Negara Malaysia ini. Ini bukan sahaja menambah lagi keunikan landskap taman-taman tersebut malah, ia menjadi satu lagi daya penarik kepada orang luar yang datang ke felda ini. Proses penilaian AKKF bagi tahun 2011 bakal diadakan dalam sekitar bulan Mac ini. Semoga kejayaan bakal menjadi milik warga Felda Besout 2 pada tahun ini.
1 Malaysia, 1 Felda!

Sumber.... http://www.desaku.com.my/
Dah Abis Bace Ke ??

Berkat berbudi kepada bumi

Faktor ketiadaan tanah yang sesuai bukan lagi alasan untuk tidak menceburkan diri dalam bidang pertanian yang kini menjanjikan pulangan lumayan.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Mereka yang berminat, sudah tentu ada jalan penyelesaian, apatah lagi sekiranya mempunyai modal yang mencukupi.

Ramai juga pengusaha pertanian yang berjaya hasil daripada kegigihan di samping mempunyai daya kreativiti serta inisiatif yang luar biasa.

Ketika masyarakat hanya mengetahui ilmu pertanian tradisional dan konvensional, segelintir pengusaha pula memikirkan cara yang lebih kreatif tetapi menarik dan yang lebih penting, mendatangkan pulangan menguntungkan.
Sebagai contoh, dengan hanya menggunakan baja buatan sendiri, tanaman sayuran bukan saja tumbuh subur tetapi juga mengeluarkan hasil yang amat menggalakkan. Teknologi tersebut telah dimanfaatkan oleh seorang anak Felda yang masih menimba pengalaman tetapi berjaya membuktikan kemampuannya mengeluarkan hasil sayur-sayuran berbekalkan kreativiti.

Munawir Maidin, 43, bijak dalam mengeksploitasi
tanah di belakang rumah beliau dengan menceburkan diri dalam bidang pertanian. Beliau menanam sayuran di tanah seluas 1 ekar dengan amalan pertanian terkawal tanpa menggunakan racun makhluk perosak.

Teknik tanaman secara bergilir antara kangkong, bayam, kacang bendi, kacang panjang dan kucai telah dilaksanakan bagi mengurangkan ancaman makhluk perosak.

“Setiap bulan dapatlah dalam RM600. Tolak kos itu ini dapatlah bersih RM400,” kata Encik Munawir tersenyum puas dengan hasil tanaman beliau.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah penanaman menggunakan teknik dan formulasi baja boleh menghubungi Encik Munawir di talian 013-5249589

sumber...www.desaku.com.my
Dah Abis Bace Ke ??

PoT bagus AKU kat pjk

Nama Felda Gunung Besout diambil sempena keadaan persekitaran dan sejarah awal kawasan ini yang mana apabila sesuatu perkataan dilaungkan, pasti kedengaran suara bersahut-sahutan di setiap gunung disekitarnya pada masa dahulu.
Rancangan Felda Gunung Besout 2 telah dibuka dari tahun 1974 -1988 dan tanaman utamanya adalah kelapa sawit. Rancangan ini terletak 130km dari kesibukan kotaraya Kuala Lumpur dan 115km dari bandaraya Ipoh.
Rancangan ini terdiri daripada 495 keluarga peneroka yang mewakili 2970 orang penduduk. Selain daripada peneroka, populasi rancangan ini juga terdiri daripada kakitangan dari kumpulan Felda iaitu FPISB, FTPSB, FPSB dan juga dari pelbagai agensi yang memberi khidmat kepada komuniti peneroka.
Di sini juga terdapat homestay yang dikenali sebagai Teratak Best 02 di bawah seliaan JKKR dan GPW.
Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh Felda Gunung Besout 2 adalah;
• Anugerah Johan Kawasan Kampung Terbaik Wilayah Ipoh(2000,2001&2003)
• Johan Anugerah Majlis Belia Felda Peringkat kebangsaan 2007 bagi Kategori Membanteras Gejala Sosial.

Dah Abis Bace Ke ??

salam perkenalan

assalamualaikum....












salam perkenalan...
alhamdulillah aku dah ade blog..
hasil penat lelah aku menuntut ilmu dari sifu aku..
ni la sifu aku CIK ANA..
jenuh aku tertonggeng-tonggeng pening nak dapatkan bende ni..
fuhhhhh jadi gak akhirnya...
Dah Abis Bace Ke ??