Pages

PoT bagus AKU kat pjk

Nama Felda Gunung Besout diambil sempena keadaan persekitaran dan sejarah awal kawasan ini yang mana apabila sesuatu perkataan dilaungkan, pasti kedengaran suara bersahut-sahutan di setiap gunung disekitarnya pada masa dahulu.
Rancangan Felda Gunung Besout 2 telah dibuka dari tahun 1974 -1988 dan tanaman utamanya adalah kelapa sawit. Rancangan ini terletak 130km dari kesibukan kotaraya Kuala Lumpur dan 115km dari bandaraya Ipoh.
Rancangan ini terdiri daripada 495 keluarga peneroka yang mewakili 2970 orang penduduk. Selain daripada peneroka, populasi rancangan ini juga terdiri daripada kakitangan dari kumpulan Felda iaitu FPISB, FTPSB, FPSB dan juga dari pelbagai agensi yang memberi khidmat kepada komuniti peneroka.
Di sini juga terdapat homestay yang dikenali sebagai Teratak Best 02 di bawah seliaan JKKR dan GPW.
Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh Felda Gunung Besout 2 adalah;
• Anugerah Johan Kawasan Kampung Terbaik Wilayah Ipoh(2000,2001&2003)
• Johan Anugerah Majlis Belia Felda Peringkat kebangsaan 2007 bagi Kategori Membanteras Gejala Sosial.

Dah Abis Bace Ke ??

No comments: