Pages

Landskap 1 malaysia

Keindahan landskap sesuatu kawasan bukan sahaja terletak pada flora dan fauna disekelilingnya. Monumen yang dibina juga turut memainkan peranan. Felda Gunung Besout 2 telah tercalon dalam Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda (AKKF) selama 3 tahun berturut-turut dan pada tahun lalu, Felda Gunung Besout 2 telah berjaya melayakkan diri dalam senarai 5 teratas kampung terbaik. Walaupun nasib belum menyebelahi Felda ini, namun penduduknya tidak pernah putus asa dalam memperindah lagi landskap dan taman yang ada. Pada minggu lalu, satu lagi miniature yang cantik telah dibina di taman-taman setiap unit kampung di Felda ini. Mengambil tema 1 Malaysia, miniature tersebut dibina dengan penuh rasa bangga dan cinta kepada Negara Malaysia ini. Ini bukan sahaja menambah lagi keunikan landskap taman-taman tersebut malah, ia menjadi satu lagi daya penarik kepada orang luar yang datang ke felda ini. Proses penilaian AKKF bagi tahun 2011 bakal diadakan dalam sekitar bulan Mac ini. Semoga kejayaan bakal menjadi milik warga Felda Besout 2 pada tahun ini.
1 Malaysia, 1 Felda!

Sumber.... http://www.desaku.com.my/
Dah Abis Bace Ke ??

No comments: